Pulau Pinang Enggan Tamat PKPB, Ini Teguran Khas Dari Datuk Ismail Sabri..

“Saya tidak faham Pulau Pinang guna akta mana untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana peraturan yang telah diwartakan di bawah PKPB akan terbatal pada 9 Jun ini,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, akta berhubung kawalan penyakit berjangkit hanya terdapat di peringkat Persekutuan sahaja kecuali Sarawak, yang masih mempunyai akta tersebut.

“Negeri-negeri lain tiada akta kawalan penyakit berjangkit jadi hanya ada satu akta sahaja untuk menjadi rujukan semua negeri di Malaysia (kecuali Sarawak) berhubung perkara tersebut iaitu Akta 342.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan, mana-mana akta yang bertentangan dengan akta Kerajaan Persekutuan, ia akan terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dilaksanakan.

“Dengan itu, kerajaan negeri tidak ada pilihan lain selain akur dengan pelaksanaan PKPP seperti yang telah diumumkan kerajaan Persekutuan, jika tidak, mereka tidak boleh melaksanakan sebarang penguatkuasaan kerana tiada akta,” katanya semasa sidang media hari ini.

MGF13032020_SIDANG-MEDIA-MENTERI-PERTAHANAN_05-681x454

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeon memaklumkan, kerajaan negeri akan meneruskan PKPB sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan berhubung pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bermula 10 Jun ini, peraturan-peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diwartakan dan dikuatkuasakan di bawah Akta 342.

Sumber : Malaysia Gazette

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*