“Segan saya dapat DM dari Menteri Agama..”- Fakhrul UNIC Terima DM , Shamsul Ghaughau Pula Nampak Terasa hati?

Penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul yang menganggotai kumpulan UNI bersama pelawak Fad Bocey dan Atu Zero di Muzikal Lawak Superstar (MLS), tidak dinafikan antara peserta yang paling menyerlah dalam program realiti komedi berkenaan.

Hari ini beliau memuat naik satu posting mengenai DM dari menteri agama yang ingin mendapatkan maklumat senarai artis nasyid yang terjejas dan perlukan bantuan akibat PKP

“Speechless. segan sy tiba2 dpt dm dr tuan guru menteri agama dan team, dahla lambat bkk dm sy trus usulkan pd presiden munsyidmalaysia yg lebih layak uruskan.

Smlm sy bg contact, harini tgk di ig dato dah siap meeting..fast action fast result, walaupun tiada apa kepentingan buatnya..insyaallah disayangi ramai, moga Allah rahmati tuan guru Datuk Seri drzulkifli.albakri” tulis Fakhrul

Apa yang menarik, PELAKON dan pelawak Shamsul Ghau Ghau yang kini sudah bergelar ustaz turut meninggalkan komen

“Tak ada Sapa pun tanya Pak Su.  sedih nye.Artis bukan, Pendakwah bukan, Artis Nasyid pun bukan. Allahuakbar”

Penyanyi nasyid terjejas dek Covid-19 dilantik jadi bilal rawatib di WP

Kerajaan menyediakan beberapa pelan khas bagi membantu penggiat nasyid di negara ini yang terj3jas dengan s3rangan Cov1id-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad berkata untuk pelan jangka pendek kerajaan akan melantik artis nasyid sepenuh masa untuk bertugas sebagai bilal rawatib di masjid dan surau Wilayah Persekutuan.

“Anugerah Allah SWT kepada mereka wajar dimanfaatkan sebaiknya,” kata beliau dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Untuk penyelesaian jangka panjang pula, bekas mufti Wilayah Persekutuan itu berkata kerajaan akan membangunkan semula industri nasyid Malaysia melalui penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal.

Kata Zulkifli, ia akan melibatkan stesen TV Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Nasyeed.Com dan pertubuhan Creative Dakwah Club.

“Tiga minggu lagi saya akan meneliti kertas cadangan daripada mereka berhubung hal ini.

“Saya mahu anugerah berprestij seperti Anugerah Nasyid kembali diadakan.

“Kita akan memperkasakan nasyid menerusi industri muzik digital yang kian pesat kini,” katanya.

Selagi masih berkhidmat

Wabak Covid-19 yang melanda dunia menjejaskan semua orang dengan pihak berkuasa terpaksa melaksanakan pelbagai langkah kawalan dan pencegahan bagi memutuskan rantaian jangkitannya.

Malaysia tidak terkecuali daripada serangan wabak yang setakat ini membunuh lebih 395,000 orang di seluruh dunia.

Golongan artis dan seniman adalah antara kelompok yang terjejas teruk.

Zulkifli berkata beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan apa yang dilakukan bagi membantu artis nasyid di negara ini.

“Saya cuma nampak potensi yang amat besar pada mereka untuk turut sama menyumbang kepada dakwah, pendidikan dan keseimbangan psikospiritual masyarakat terutamanya dalam norma baru yang sedang kita tempuhi bersama.

“Selagi saya masih berkhidmat, saya akan usahakan sehabis baik untuk industri nasyid tanahair,” katanya.

sumber :musangviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*