
Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, telah terjawab apabila Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP Bersyarat telah di gantikan dengan PKP Pemulihan (PKPP ) bermula 10 jun sehingga 31 ogos 2020.
Perjalanan Rentas Negeri di benarkan
Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di
kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.
Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri
lain bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri,
pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak
semasa pulang ke kampung. Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka
berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun
kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk
melindungi mereka daripada terkena jangkitan.
Antara lain yang di umumkan..
1. Pelancongan domestik dibenarkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup.
2. Operasi premis perniagaan kembali kepada biasa.
3. Sekolah dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP.
4. Pusat hiburan seperti pub, karaoke masih dilarang.
5. Perhimpunan melibatkan ramai org tidak dibenarkan.
Jika diimbas, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas, dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi.
Apa yang penting ialah kita semua mestilah bersedia untuk membudayakan kebiasaan baharu dalam kehidupan kita ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin
sumber : MKN/ Trending Network
Leave a Reply