“Elok la fokus menoreh getah tu, jangan nak mengata orang “- Kes Sam4n Tergantung, Amin Idris Bagi Ayat Pedas.

PENGACARA dan penceramah motivasi, Amin Idris, 39, mengganggap tindakan Ustaz Abu Syafiq yang memintanya membuat permohonan maaf serta menuntut ganti rugi berjumlah RM1 juta sebagai cakap kosong sahaja.

Menerusi kiriman di Instagramnya, Amin berkata, walaupun sudah menerima dua LOD (Letter of Demand), sehingga hari ini (5 jun) dia belum menerima apa-apa surat dari mahkamah menyatakan tarikh sebutan kes terbabit.

“LOD pertama dihantar pada 24 April dan saya dapat tahu peguam Abu Shafiq failkan saman di mahkamah pun melalui berita Malaysiakini bertarikh 7 Mei.

“Tapi masih tiada informasi dari mahkamah. Tiba-tiba datang LOD kedua pula pada 15 Mei. Itu pun pada awalnya tak cukup muka surat sampai saya terpaksa telefon pejabat peguam Abu Shafiq untuk hantar semula yang cukup muka surat.

“LOD kedua menuntut saya sekali lagi MINTA MAAF, DELETE POSTING dan BAYAR 1 JUTA dalam tempoh 3 hari. Saya konsisten tidak akan tunduk. Sekali lagi, tiada surat sebutan tarikh dari mahkamah walaupun sudah 22 hari!,” katanya.

Amin yang mengendalikan program The Amin Idris Show berkata, peguamnya Azmir Zakaria   sudah beberapa kali menghubungi pejabat peguam Abu Shafiq bagi bertanyakan perkara ini.

“Yang kelakarnya, kakitangan peguamnya tidak ada apa-apa maklumat terkini berkaitan kes.

“Berkenaan laporan polis pula, masih dalam siasatan. Dan masih juga menunggu respon dari SKMM.

“Justeru, saya anggap Abu Shafiq TIDAK SERIUS, main-main dan sekadar nak ugut untuk saman saya dengan harapan saya akan cuak, takut dan kecut. Lalu delete posting kritikan saya terhadapnya,” katanya.

Amin mengakui Abu Syafiq tersilap membuat perhitungan dengan orang yang salah kerana dirinya AIKOLIAN (lulusan undang-undang UIA).

“Jangan main-main dengan saya dalam soal undang-undang. Pengajarannya wahai Abu Shafiq, dah-dah la kau mengata orang, fitnah orang, satu Malaysia tahu kes kau fitnah orang dan akhirnya kau yang minta maaf.

“Satu Malaysia tahu tahu kau burukkan nama Ahli Sunnah wal Jamaah. Maka sudah tiba masanya kau insaf, berhenti dari perangai buruk tersebut.

“Baguslah kalau nak fokus menoreh getah dan jahit jubah wanita. Berdakwahlah dengan melihatkan keindahan Islam sebagai agama kasih sayang, bukannya prejudis menyesatkan manusia sana-sini,” katanya.

Tidak ketinggalan Amin melahirkan terima kasihnya kepada

rakyat Malaysia dan warganet serta penyokongnya selama ini.

“Doakan saya dalam kebaikan dan doakan Abu Shafiq dilembutkan hati jadi manusia lebih baik.

“Ini mungkin posting saya yang terakhir tentang isu ini. Namun tak bererti saya akan berhenti kritik Abu Shafiq,” katanya..

Konflik membabitkan mereka tercetus apabila Amin memuat naik status di laman sosial baru-baru ini membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew yang dianggap menjatuhkan reputasi Abu Syafiq sehingga beliau mengambil tindakan ini.

 

sumber : hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*