Kerana PKP Penyakit Bahaya Lain Kurang Menjangkiti Kanak-Kanak, Namun Dr Noor Hisham Luahkan Kerisauan..

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan bukan sahaja menurunkan kes Covid-19 malah penyakit berjangkit yang lain terutama disebar melalui sentuhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perbandingan analisa wabak daripada minggu epid pertama sehingga minggu epid ke-22 tahun 2019 dan 2020 mendapati terdapat penurunan kes ketara bagi beberapa penyakit berjangkit.

Menurutnya, misalnya penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terdapat penurunan kes sebanyak 44.6 peratus; demam campak (measles) terdapat penurunan kes sebanyak 58.3 peratus dan cacar air (chickenpox) menurun sebanyak 44.4 peratus.

“Penurunan kes ini adalah satu implikasi positif hasil pelaksanaan PKP dan PKPB yang turut dibantu oleh amalan kebersihan kendiri yang tinggi.

“Namun demikian, dalam keadaan situasi wabak Covid-19 ini, dikhuatiri terdapat juga penurunan dalam kadar imunisasi bayi dan kanak-kanak. Ini mungkin kesan ibu bapa yang risau untuk membawa anak kecil keluar daripada rumah untuk ke klinik,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya tadi.

 

Dr Noor Hisham berkata, susulan itu, KKM ingin mengingatkan berhubung kepentingan imunisasi kanak-kanak bagi mencegah terjadinya kejadian wabak penyakit cegahan vaksin (vaccine preventable diseases).

“Perkhidmatan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak adalah masih diteruskan seperti biasa di klinik kesihatan.

“Oleh itu, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk mematuhi jadual imunisasi dan tarikh temujanji yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi klinik kesihatan yang berdekatan.

Sumber Hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*