
Kerajaan Perikatan Nasional yang rapuh menerima satu tamparan hari ini berikutan peletakan jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Salleh.
Sebelum ini, spekulasi pengunduran dirinya tersebar susulan kenyataan media bertarikh hari ini yang memetik Ahli Parlimen Sri Gading itu sebagai berkata beliau telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN.
“Kami Akan Kembali”-Fahmi Fadzil
Ahli Parlimen PKR, Fahmi Fadzil hari ini membayangkan Pakatan Harapan (PH) akan dapat mengambil alih semula kerajaan pusat, berikutan peletakan jawatan Datuk Shahruddin Md Salleh dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Hanya tinggal satu majoriti,” katanya di Twitter, bersama dengan hashtag #WeWillBeBack.
Ini berlaku kerana Shahruddin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia dikatakan telah meletak jawatan sebagai timbalan menteri kerja untuk menjanjikan sokongan kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai gantinya.
Dalam satu kenyataan yang tersebar dalam talian hari ini, Ahli Parlimen Sri Gading itu dikatakan mengaku mengambil langkah politik yang salah dengan bergabung dengan PN, yang dibentuk setelah kejatuhan pakatan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir pada bulan Februari.
Sebelum Ini Shahruddin Sempat Jumpa Tun M
“SEMUA ahli Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) adalah penting. Saya hadir ke ibu pejabat kerana sayangkan parti,” kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
Beliau mengulas gambar tular dan spekulasi beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusoff beralih sokongan dengan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, ia adalah pertemuan biasa membabitkan ahli dan pengasas parti berkenaan.
“Baguslah tu, jumpa pengasas, pejuang, bapa dan negarawan.
“Kami sama-sama susah, berkempen ketika lawan Barisan Nasional (BN) dulu,” katanya kepada Harian Metro di Kuala Lumpur hari ini.
‘Selamat Kembali’, Kata Dr M Kepada Shahruddin
Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan ‘selamat kembali’ kepada Shahruddin Md Salleh yang mengumumkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini.
Ucapan itu disertakan dengan sebuah rakaman video yang dimuat naik ke laman Twitternya, yang menunjukkan Shahruddin telah berjumpa dengannya di Yayasan Al-Bukhary petang tadi.
Berikut reaksi netizan
Dr M fikir usia 75 tahun sudah cukup buatnya
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyangkakan beliau hanya dapat hidup sehingga usia 75 tahun tetapi bersyukur apabila diberikan rezeki usia yang lebih lama.
Pemimpin yang akan menyambut hari jadi ke-95 pada 10 Julai ini, menyifatkan tambahan usia itu sebagai bonus buat dirinya.
“Saya amat bersyukur bahawa saya dapat hidup melebihi angka yang saya jangkakan. Saya fikirkan bahawa 75 tahun sudah cukup untuk saya.
“Saya 94 tahun sekarang. Ia merupakan bonus dan saya amat bersyukur.
“Ia bukan merupakan perkara yang saya boleh perolehi begitu sahaja. Tetapi kerana saya mampu hidup (sehingga kini), saya rasa bahawa saya patut memanfaatkan kehidupan saya sebaik mungkin kerana ini bonus yang diberikan kepada saya,” katanya.
Ahli parlimen Langkawi yang juga pemimpin tertua di dunia itu sebelum ini berkata demikian dalam satu perbincangan siaran langsung di Youtube ketika menjadi tetamu khas dalam “How to turn crisis into opportunity”, anjuran Creative Cloud Community (CCC) hari ini.
Pengasas CCC Natalie Sit terdahulu meminta Mahathir berkongsi antara perkara yang beliau syukuri dalam hidupnya.
Mahathir yang juga pernah mentadbir negara sebanyak dua kali ketika di dalam Umno pada 1981-2003 dan di bawah Pakatan Harapan pada 2018 selama 22 bulan, berkata beliau bersyukur perkahwinannya bersama Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kekal selama 60 tahun.
“Dari segi kehidupan peribadi pula saya telah berkahwin selama 60 tahun. Saya bersyukur.
“Saya lihat ramai orang bosan dengan seorang (pasangan), (tetapi) saya tidak,” katanya sambil tersenyum.
Untuk rekod, Dr Mahathir berkahwin dengan Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 1956.
Sumber MB
Leave a Reply