“Siapa Ikhlas, Siapa Riyak? “- Dr MAZA akhirnya bersuara

Hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kerja-kerja amal yang di lakukan oleh Ustaz Ebit menimbulkan rasa kurang senang dari segelintir pihak

Tampil memberi ulasan perkara yang sama tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Mufti Perlis hari ini tampil menjelaskan keikhlasan seseorang itu bergantung pada niat dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang pasti, apabila ada pemberian atau sumbangan, ada pihak yang mendapat manfaat dan seterusnya dapat mengurangkan beban mereka.

Menurut Dr Asri lagi, dengan ada pihak yang tampil membantu, paling tidak bebanan fardhu kifayah dapat dikurangkan.

Kepada pihak yang mahu tegur soal keikhlasan ini pesanan padu Dr Asri. Berikut status Dr Asri di halaman Facebook milik beliau.

Siapa Ikhlas, Siapa Riyak?

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui mengapa seseorang mempertontonkan sedekahnya. Jika dia ikhlas, dia mendapat pahala. Jika dia riyak, dia mendapat dosa dan tiada pahala. Namun, sama ada dia ikhlas atau dia riyak, orang yang memerlukan akan mendapat sesuatu pemberian daripadanya. Apabila yang kesusahan mendapat keperluan, bebanan fardhu kifayah kita menjadi kurang. Maka, bukan masalah kita jika seseorang itu ikhlas atau riyak dalam pemberian peribadinya. Serahkan urusan itu kepada ALLAH. Ia bukan urusan kita. Ia urusan seseorang dengan tuhannya.

Jika kita ingin memberikan peringatan, berilah peringatan umum tentang bab ikhlas dalam amalan. Itu untuk ingatan semua tanpa perlu menilai manakah individu yang ikhlas atau yang riyak. Hal sanubari insan penuh keajaiban. Ia rahsia insan dengan Tuhan.

Ulasan Dr Asri ini mendapat 6.1k tanda suka, 296 komen dan 1.1k perkongsian selepas 24 minit di muat naik

Reaksi netizan

 

Singgah di Penang bantu yang memerlukan

DALAM perkembangan terbaru, Ustaz Ebit singgah di pulau pinang dan membantu beberapa keluarga C1na di sana. Posting telah dimuat naik di laman facebook Ebit Lew beberapa jam yang lalu.

Teruskan ustaz, kami rakyat Malaysia senantiasa berada dibelakangmu.

“Sayu hati masuk perkampungan cina di Penang. Ada yang dah tua tiada kerja. Tadi ada yang menangis dapat hadiah dan sedikit belanja. Saya tiada apa-apa. Harap makan orang bagi. Mereka happy dapat hadiah. Ada yang susah sedikit. Macam-macam kerja mereka.

Senyuman mereka ubat hati ini. 2hari perjalanan ini rasa sedih dan insaf. Semoga uncle untie semua sihat yer. Saya dapat serahkan lebih 10 kawasan perkampungan dan taman. Pelbagai bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga. Beberapa hospital klinik dan Balai Polis. Syukur selesai buat hari ini-ebitlew”

Posting terbaru dilaman facebook Ebit Lew sejam yang lalu..

Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang. Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.

Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan. Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.

Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer. Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama. Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu. Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti. Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah-ebitlew

 

Ustaz Ebit Lew, ketahuilah kami rakyat Malaysia menyokong penuh perjuangan ustaz dalam berdakwah disamping memberi sumbangan kepada yang memerlukan. Allah sayang semua… Kami sayang ustaz

 

Sumber: Facebook Ebit Lew, Ebit Lew Official Offical Page

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*